BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

JAGALAH HATI

"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati" (Imam al-Ghazali)

Selasa, 19 Januari 2010

KASIHNYA RASULULLAH S.W.T. KEPADA UMATNYA


Allah mengumpulkan semua umat manusia sejak yang pertama hingga yang terakhir di sebuah dataran. Matahari dekat sekali dengan mereka, sehingga mereka terseksa menanggung derita. Mereka berkata sesama sendiri : "Mengapa kamu tidak mencari orang yang dapat membelamu di hadapan Allah ?"


Lalu mereka mendapatkan seorang demi seorang Nabi dan Rasul untuk mendapatkan pembelaan, namun jawapan mereka sangat mengecewakan.


Adam a.s. : Sesungguhnya pada hari ini Tuhanku sangat murka kepadaku. Tidak pernah Dia murka seperti ini kerana Dia melarangku mendekati sebatang pohon, tetapi aku menderhakai-Nya. Pergilah kepada Nuh a.s. !"


Nuh a.s. : "Sesungguhnya Tuhanku sangat murka hari ini. Tidak pernah Dia murka seperti ini sebelum dan sesudahnya. Hal ini kerana aku memikul tugas menyeru umatku kepada agama Allah, tetapi aku berdoa agar umatku dimusnahkan. Pergilah kepada Ibrahim a.s. !"


Ibrahim a.s. : "Sesungguhnya Tuhanku sangat murka pada hari ini." lalu baginda menyebut satu persatu pembohongannya. "Malang bagiku ! Pergilah kamu semua kepada Musa a.s. !"


Musa a.s. : "Sesungguhnya Tuhanku sangat murka kepadaku hari ini. Aku pernah membunuh orang yang tidak diperintahkan bagi membunuhnya. Alangkah malangnya diriku ! Eloklah sekiranya kamu mencari Isa a.s. !"


Isa a.s. : "Sesungguhnya Tuhanku sangat murka pada hari ini. Malang benar diriku ! Pergilah kepada Muhammad s.a.w. !"


Lantas mereka pergi kepada Nabi Muhammad s.a.w. "Ya Muhammad, engkau adalah Rasulullah dan penutup segala nabi. Semoga Allah telah mengampuni dosamu yang lama dan yang baru. Oleh sebab itu, belalah kami di depan Tuhanmu. Bukankah engkau mengetahui hal kami pada waktu ini, bukankah engkau melihat penderitaan kami ini ?"


Mendengar permintaan mereka, baginda pergi sehingga berada di bawah Arasy. Baginda sujud lalu Allah membuka hijab baginya serta mengilhamkan kepadanya kalimah pujian dan sanjungan yang indah terhadap-Nya, yang belum pernah diajar kepada orang lain sebelumnya.


Kemudian Allah berfirman : "Ya Muhammad, angkatlah kepalamu. Mintalah ! Nescaya permintaanmu akan dikabulkan. Belalah (berikanlah syafaat)! Pembelaanmu (syafaatmu) akan diterima !"


Maka baginda mengangkat kepala dan berkata : "Wahai Tuhanku, Ummatku, Ummatku!"


Lalu Allah berfirman kepadanya : "Wahai Muahmmad, masukkanlah umatmu ke syurga tanpa dihisab melalui pintu-pintu sebelah kanan, sedangkan yang lain secara bersama-sama dari pintu-pintu yang lain". Demi Allah yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya jarak antara pintu-pintu itu adalah sejauh Makkah dengan Hajar atau Makkah dengan Busra.

0 comments: