Suatu ketika Baginda sedang berjalan-jalan dengan puteri kesayangan Baginda Saiyidatina Fatimah r.ha. ketika melintasi sepohon pokok tamar, kaki Saiyidatina Fatimah terpijak pokok semalu. Kakinya itu sakit dan berdarah. Fatimah bertanya baginda, apalah gunanya pokok seumpama itu tumbuh di situ?
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat dengan wanita. Empat aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian pokok tersebut :
- sifat pemalu - ini diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.
- duri yang tajam - simboliknya wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya
- akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi - wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.
- menguncup di waktu senja - mengingatkan wanita supaya pulang dan duduk di rumah apabila hari gelap.


1 comments:
Salam AYG. Tq MY LOVING . . tahniah atas kejayaan ayg mbangunkan blog ini. teruskan pjuangan ayg dlm dakwah pena ini . . jgn leka n jemu sesekali . . hubby sentiasa support ayg .. IKHLAS DARI SUAMIMU; TAQIYUDDINCHEHASSAN
Catat Ulasan